Kerajaan Negeri Sembilan    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ

Soalan-soalan Lazim

1. Apa yang boleh saya adu kepada Kerajaan Negeri? 

Kerajaan Negeri boleh menyiasat aduan-aduan berkaitan tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan pentadbiran agensi-agensi di peringkat negeri dan tempatan untuk menentukan sama ada tindakan itu salah, tidak adil atau tidak mengikut lunas undang-undang.

2. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?

Tiada bayaran dikenakan.

3. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?                                          

Perlu memaklumkan hubungan anda dengan pengadu. Anda perlu mendapatkan keizinan daripadanya. Bagaimanapun, kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi dan nombor telefon.

4. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberi nama?

Ya. Kerajaan Negeri menerima aduan tanpa nama atau 'whistleblower'. Pada kebiasaannya kami tidak akan melakukan siasatan melainkan aduan itu membangkitkan sesuatu perkara yang serius dan terdapat maklumat mencukupi dalam aduan untuk membolehkan kami menjalankan siasatan.

5. Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh Kerajaan Negeri?

Jenis aduan yang diterima oleh adalah mengenai kelewatan / tiada tindakan, tindakan tidak adil, kekurangan kemudahan awam, kepincangan perlaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang, salah guna kuasa/penyelewengan, salah laku anggota awam, kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan, kegagalan penguatkuasaan dan kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.

6. Adakah semua aduan boleh dirujuk kepada Kerajaan Negeri?

Semua aduan boleh dirujuk kepada Kerajaan Negeri kecuali aduan-aduan berkenaan dasar-dasar Kerajaan yang telah ditetapkan serta perkara-perkara di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) dan Jabatan Bantuan Guaman. Selain itu, aduan berkenaan masalah keluarga/peribadi serta tuntutan berbentuk sivil antara individu/syarikat juga tidak diterima. 

7. Bagaimana cara membuat aduan?

Anda boleh mengemukakan aduan melalui portal SISPAA Kerajaan Negeri Sembilan, emel upans@ns.gov.my atau telefon 06-7604011/4012.

8. Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada Kerajaan Negeri?

Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membolehkan Kerajaan Negeri menilai kedudukannya dan cara terbaik untuk membantu. Kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat-maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi dan nombor telefon untuk membolehkan kami melaporkan perkembangan siasatan. Kami boleh merahsiakan butir-butir peribadi ini jika diminta oleh pengadu.

Sila beritahu kami dengan jelas apa yang anda mahu Kerajaan Negeri siasat. Berikan sebanyak mungkin maklumat termasuk salinan-salinan surat atau dokumen yang menunjukkan anda telah berusaha menyelesaikan aduan itu dengan agensi berkenaan. Beritahu kami hasil yang dikehendaki.

9. Apa berlaku kepada aduan saya?

Kerajaan Negeri akan menghantar Surat Akuan Terima kepada anda dengan segera. Kami akan memberi pertimbangan yang teliti ke atas aduan anda. Dalam kebanyakan kes, kami akan menelefon agensi berkenaan atau pegawai yang terlibat dan meminta penjelasan. Kami akan menulis kepada mereka untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat yang perlu. Kebanyakan aduan akan diselesaikan di peringkat ini. Sekiranya aduan membangkitkan isu yang serius dan kompleks, atau kami tidak puas hati dengan tindak balas awal agensi, kami mungkin akan membuat siasatan lanjut. Sekiranya kami tidak dapat menerima aduan anda atas sebab-sebab tertentu, kami akan menjelaskannya kepada anda. Anda akan diberitahu perkembangan siasatan.

Sekiranya kami mendapati aduan anda mempunyai asas, keputusannya akan dilaporkan kepada anda dan agensi berkaitan. Kerajaan Negeri mungkin akan mencadangkan supaya agensi menimbang semula atau mengubah tindakan atau keputusan; supaya undang-undang, peraturan atau prosedur dipinda; dan/atau agensi perlu mengambil tindakan lain yang sesuai dengan keadaan.

Kerajaan Negeri tidak boleh menolak keputusan agensi-agensi, atau memaksa mereka mematuhi cadangan-cadangan kami. Bagaimanapun pada umumnya agensi- agensi menerima baik cadangan-cadangan  Kerajaan Negeri. 

10. Berapa lama Kerajaan Negeri membuat siasatan?

Kami akan menyelesaikan aduan-aduan anda seberapa segera yang boleh. Bagi kes-kes yang rumit yang melibatkan beberapa agensi, ia mungkin mengambil masa untuk menyiasat. Piagam Pelanggan kami menetapkan piawaian perkhidmatan dengan lebih terperinci.

Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader